December 8, 2009

Gadis Melayu - Dato' Hoessein Enas

Gadis Melayu(1950) Cat Minyak 49 x 39 cm

Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik
Hal Benda
Seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memndang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja
Makna
Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

Cerita
Disini beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.
Ekspresif
Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.



No comments:

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton