Anak seorang tukang ukir hairan mengapa bapanya terus mengkritik hasil kerjanya. Padahal hasil ukirannya sudah terjual dengan harga yang lebih mahal daripada hasil ukiran bapanya."Ayah, dahulu ketika hasil ukiran saya dijual dengan RM40, ayah menegur hasil kerja saya.
Mengapa?"tanya si anak."Memanglah kerana pada waktu itu hasil ukiran ayah sendiri terjual dengan harga RM50,"sahut ayahnya dengan perlahan."Tetapi apabila hasil ukiran saya terjual RM50 pun ayah masih mengkritik hasil kerja saya. Mengapa? Bukankah hasil kerja sayatelah meningkat?"Ayahnya tersenyum seraya berkata, "Sebab pada waktu itu hasil kerja kamu cuma menyamai hasil kerja ayah. itu belum boleh dianggapsatu kejayaan besar."Anaknya tidak puas hati."Nah, semalam hasil ukiran saya berjaya dijual dengan harga RM60! Sudah melebihi harga ukiran ayah. Bukankah itu satu kejayaan besar? Tetapi ayah masih terus mengkritik hasil kerja saya."Nak, sejak sekian lama pernah kau lihat hasil ukiran ayah terjual lebih atau kurang daripada RM50?"tanya si ayah. Si anak terdiam sebentar. "Sepanjang ingatan saya, tidak pernah.""Mengapa agaknya?""Saya tidak tahu ayah!""Fikirkan," Tekan si ayah."Betul ayah, saya tidak pasti.""Jawabnya, sebab ukiran ayah tidak pernah meningkat mutunya. Hanya di takuk lama, "kata si ayah. Anaknya terus diam. "Kamu tahu kenapa hasil ukiran ayah tidak bertambah baik mutunya? "Err, err...saya tidak tahu. "Sebab datuk kamu tidak pernah mengkritik hasil ukiran ayah. Dia diam dan selamba sahaja. Jadi ayah tidak mahu mengulangi kesilapan datuk kamu. Sekarang ayah akan terus mengkritik hasil kerja kamu supaya ia terus meningkat dan meningkat. Jika tidak, harga ukiran kamu akan terus ditakuk lama sama seperti hasil ukiran ayah sekarang ini,"
Pengajaran: Kritikan yang adil adalah pendorong dan pemantau kepada kualiti kerja yang tinggi. Sikap terlalu cepat berpuas hati dengan hasil kerja akan membunuh semangat untuk terus menambah ilmu, kemahiran dan kegigihan. Jangan berlunjur sebelum duduk.!

2 comments:
bagusnya cerita ni cikgu~
mengingati bahawa kita jgn terlalu selesa dengan keadaan sekarang, ayuh fikirkan jauh ke depan
Post a Comment