August 2, 2009

Kraf Batik Identiti Malaysia

Pengenalan
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu. Berikut adalah sejarah kraf batik;
2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi
Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di Melaka

Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia

Motif batik
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll
4.Motif benda – wau, wayang kulit dll
5.Motif abstrak
Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
Jenis-jenis Batik
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)

BATIK TULIS/ CONTENG
Alatan
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kain
Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting
Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair
Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin
Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin


Bahan
Kain putih - Jenis sutera dan cotton
Campuran lilin - Lilin putih (paraffin)
Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah
Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain
Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain
Bahan pewarna - Remazol atau primazin
Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kain
Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin
Proses Batik Canting
1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir)
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair
5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telah
dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut
6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin
7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam
Ciri-ciri khas batik tulis/conteng/lukis
1. warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas
2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif
3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik
4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak yang tersendiri
Kekemasan dan persembahan
1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus
2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni
3. sambungan garisan tidak ketara
4. warna yang tidak bertelar-telar
5. tidak ada kesan lilin
6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah

Pemeliharaan dan penjagaan
1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh
2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik

BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP
Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang sama
Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian seragam
Jenis kain batik blok/terap
(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang
(ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal
Alatan dan Fungsi
Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin
Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain. Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin
Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin
Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara merebus kain
Bahan
1. kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas
2. campuran lilin
a. lilin putih (paraffin)
b. campuran rosin(damar)
c. lemak binatang
d. minyak kelapa
3. bahan pewarna – napthol
4. debu soda (soda ash)
5. kanji – untuk mengilatkan kain batik
Proses
1. basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan
2. bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk membolehkan proses penerapan lancar dan kemas
3. panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair
4. celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan kain.Pastilkan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain batik sarung, corak badan kain dan kepala dan bahagian kain berbeza.untuk menghasilkan sehelai kain
5. Celup kain dalam pewarna napthol. Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan warna cerah diikuti dengan warna gelap
6. proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untruk mendapatkan beraneka corak dan warna
7. untuk mendapatkan kesan ‘retak seribu’ lilin hendaklah disapu pada seluruh permukaan kain kemudian direnyukkan
8. kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda
9. basuh dan jemurkan kain
10. kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih berkilat dan berseri
Ciri-ciri khas batik blok
1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali
2. mempunyai corak ‘retak seribu’
3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela
Kekemasan dan persembahan
1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan
2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh
3. susunan motif utama dan isen berharmoni
4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas
Pemeliharaan dan penjagaan
1. petua membasuh:
-campurkan air dengan cuka
-cucian dengan air the untuk mengelakkan luntur warna
2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci
3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik

BATIK SKRIN / BATIK SUTERA SARING / BATIK CETAK
Pengenalan
• ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20
• ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik pembuatannya yang lebih ringkas
• teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan adalah corak tradisional
Alatan
1. Skrin
– diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung
– kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain pemidang
– setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja
2. sekuji (squeegee)
– diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
– digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin
3. kelongsong stensil (funnel pen)
– alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
– diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
– digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin
4. meja pengecap – meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses mencetak
5. kuali dan bekas – untuk merendam dan membersihkan kain
6. pengukus – untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain
Bahan
1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang
2. bahan pewarna – jenis reactive dan pigmen dye
3. bahan lacquer / laker
– sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam kelongsong stensil untuk melukis corak pada skrin
– bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke bahagian-bahagian yang telah ditutup
dengan lacquer
Proses
1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang perlu digunakan .Bilangan
pemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada bilangan warna
2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan menggunakan kelongsong stensil yang berisi lacquer
3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga kering
4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang skrin di atas permukaan kain
5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata menggunakan sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak yang ditetapkan neggunakan pemidang skrin yang berbeza
6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan. Pengewapan ini dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur
7. Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi melembutkan kain serta membuang lebihan pewarna
8. kain dijemur sehingga kering
Ciri-ciri batik skrin
1. amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik
2. proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali ganda lebih cepat daripada teknik blok
3. warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur
Kekemasan dan persembahan
1. ketepatan dalam reka bentuk imejnya
2. kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara dan petak-petak warna yang kemas
3. warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur

BATIK PELANGI
• Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari
Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808)
• Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’
• Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana
• Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
• Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain

Batik pelbagai jenis
1. Batik lasem kelantan – batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk rebung pada bahagian kepala kain
2. Batik perkalongan Kelantan – bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus
3. batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas
4. Batik solo kelantan – dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning

TOKOH BATIK
1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan)
2. Hj. Mohd.Yusof –kelantan
3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu
4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur

PELUKIS BATIK TANAHAIR
1. Chuah Thean Teng- karyanya:Musim Buah dan Mengejar ayam
2. Tay Mo Leong –karyanya : Fishing Village
3. Khalil Ibrahim –Karyanya; Pantai Timur
4. Syed Shaharuddin Bakeri – Karyanya: Fabrik Marah, Biru, Hijau

Perbezaan Batik tulen dan Batik tiruan
Tulen - Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok
Tiruan - Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin

Tulen - Warnanya hidup dan segar di dua-dua belah kain
Tiruan - Warna di sebelah luar kelihatan berseri tetapi di sebelah dalam kusam

Tulen - Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin
Tiruan - Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin

Tulen - Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya
Tiruan - Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen

Tulen - Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan terutama pada batik tulis
Tiruan - Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin

Dimensi baru dalam batik
Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan hasil ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan sebagainya. Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan rumah(langsir,kusyen, pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik tidur(cadar, sarung bantal, selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan perhiasan diri (tas tangan, skaf, pakaian dan kasut)


PERBEZAAN BATIK MALAYSIA DAN INDONESIA
Sejarah
Malaysia - Perusahaan batik hanya bermula di Kelantan awal tahun 1911 dan kini bertumpu di Pantai timur
sahaja
Indonesia - Telah bermula sejak kurun ke12

Motif dan corak
Malaysia - Motif flora lebih diutamakan berbanding dengan motif geometri dan fauna. Motif fauna terhad kepada serangga, unggas dan kehidupan marin sahaja. Motif figura tidak dibenarkan.Kurang penggunaan morif isen
Indonesia - Unsur motif tidak terhad, pengisian / isen sangat popular

Peralatan dan bahan
Malaysia - Penggunaan canting yang mempunyai satu mata sahaja, menggunakan pemidang untuk mencanting
Indonesia - Penggunaan canting pelbagai mata, melakukan proses mencanting secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan

Fungsi
Malaysia - Kegunaan pakaian dan perhiasan
Indonesia - Kegunaan adapt istiadat perkahwinan

Warna
Malaysia - Menggunakan pewarna import
Indonesia - Pewarna asli banyak digunakan selain dari pewarna kimia
Peranan institusi
Kompleks Kraf - Menyediakan maklumat mengenai kraf termasuk batik
Muzium Negara - Institusi yang menyimpan, menjaga dan mengekalkan hasilan kraf lama yang akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan
Balai seni Lukis Negara - Menjadi pusat pameran,pusat sumber berkaitan kraf dan hasialn seni
PKKM ( Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia - Bertanggungjawab membangunkan industri kraf melalui promosi dan pusat kraf
Universiti tempatan - Institusi yang melatih dan melahirkan tokoh atau pengusaha kraf dan seni tempatan

5 comments:

love bear said...

thank you ur picture~
because i need it~
i am a take subject seni student~
so i need the picture to do my folio~
thank you^^

Ayien,Inaz,Dora said...

slm, tumpang tgk blog & info. lots of info. Thanks.

BAHAGIAN PEMULIHARAAN said...

nak tanya...apa maksud motif figura dan morif isen tu. "Motif figura tidak dibenarkan. Kurang penggunaan morif isen" boleh tolong jelaskan x? tq

Samsul fadilah Bin Asmara said...

nak membeli alat canting batik. tak tahu di mana dan harganya. siapa boleh membantu..

batik said...

Batik malam cair print
Kunjungi blog kami : (malamcairnomer1.blogspot.com)

Kami melayani :
-Pembelajaran/privat batik malam cair print di seluruh dunia
-Penjualan malam cair kualitas export bergaransi
-Penjualan alat" perlengkapan batik malam cair
-Penjualan kain" batik yg sangat berkualitas seperti jarik,selendang,sarung,sarung pantai, material,mukenah dll

Saya orang Solo Indonesia,banyak negara" di dunis yg tertarik dengan malam cair yang saya buat...

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton