Pada 12-15 Oktober berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam. Ia adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 19 kumpulan bertanding dalam kategori pengurusan manakala 6 kumpulan dalam kategori teknikal.
Tujuan KMK ini adalah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan jabatan/ bahagian yang terlibat dalam KMK untuk membuat persembahan projek kumpulan dengan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian masalah ke arah penambahbaikan sesuatu proses/ sistem yang kurang berkesan.KMK merupakan alat pengurusan penyelesaian masalah yang dapat meningkatkan kualiti kerja, mempercepatkan proses penghasilan output, menjimatkan kos, masa serta sumber manusia.
Kumpulan V-Stor dari IPG Kampus Kent yang terdiri dari 10 ahli buat julung kalinya telah menyertai pertandingan yang terunggul di kementerian ini. V-Stor menampilkan tema projek iaitu meningkatkan kualiti pengurusan stor di IPG Kampus Kent, berperanan sebagai anjakan paradigma dalam pengurusan stor yang mampu mengatasi masalah seperti beban tugas pensyarah, penggunaan bilik yang banyak, lambat permohonan dan alatan tidak diperiksa.
V-Stor adalah satu sistem yang dikenali sebagai E-Stor melalui kaedah akses, ambil dan rekod bagi menguruskan peminjaman dan pemulangan peralatan, sumber resos, bahan pengajaran sokongan dapat disediakan secara teratur, efisyen dan menarik bagi menggalakkan P&P yang berkesan.
Oleh kerana kumpulan kami pertama kali menyertai pertandingan yang begitu sengit ini, banyak perkara baru yang kami perlu ketahui dan tempuhi serta diselidiki sewaktu proses penyediaan laporan dari awal hingga akhir. Cabaran getir kumpulan kami bermula apabila menjadi kumpulan ketiga pembentangan yang menuntut kesabaran dan masa yang singkat untuk menyudahkan kerja-kerja akhir sebelum menjelang hari pembentangan. Berkat kesabaran, kumpulan kami yang diketuai oleh fasilitator En. Nazri Abd Rahman dan Pn Asnaely Saparudin berjaya melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan menganggap yang terbaik pernah kami lakukan. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan banyak memberi manfaat kepada kami secara peribadi dan keseluruhan kepada kumpulan V-Stor setakat ini.
Meskipun V-Stor tidak mendapat sebarang tempat anugerah, kami tetap bersyukur kerana V-Stor mendapat penarafan 3 bintang, malah ia adalah suatu pencapaian yang membanggakan kerana pertama kali mencubanya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Kent yang banyak membantu, sentiasa positif dan sering membakar semangat kumpulan agar bekerja keras memperoleh kecemerlangan. Serta tidak lupa seluruh warga kampus yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang begitu padu bagi menjayakan misi kami. Terima Kasih
Finishing Akhir Daripada Kumpulan V-Stor 2009
No comments:
Post a Comment