August 23, 2011

Proses Pembuatan Wau Tradisional

Kraf Tradisional adalah sebahagian amalan budaya yang telah diperkenalkan dan dipopularkan serta diwarisi turun temurun sejak kegemilangan generasi terdahulu hinggalah sekarang. Sehingga kini warisan tersebut masih terpelihara dan dipertahankan menerusi pelbagai strategi yang disusun oleh berbagai pihak agar ianya kekal sepanjang zaman, ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Usaha mengekalkan warisan tradisional ini dipergiatkan lagi dengan menempatkannya di dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual di negara ini, adalah suatu langkah baik sekaligus dapat menyemai sikap pelajar mencintai dan mewarisi warisan kraf tradisional ini. Pelajar akan dapat mempelajari ilmu pengetahuan dan mendalami kemahiran menghasilkan kraf.
Kraf tradisional di sekolah rendah dan menengah banyak menumpukan kepada kraf popular tanahair antaranya batik, anyaman, tenunan, ukiran kayu, tekat, gasing, wau dan sebagainya.
Wau meliputi pelbagai aspek artistik seninya, daripada proses pembuatan hinggalah proses menaikkan wau.

Menerusi dada maya ini, saya ingin berkongsi pengalaman dalam proses pembuatan wau sebagai memenuhi keperluan silibus pelajar minor PSV di IPG Kampus Kent. Kemahiran membuat wau ini saya perolehi secara tidak langsung ketika meniti zaman kanak-kanak lagi. Kemahiran dikongsikan bersama rakan-rakan dan dari orang perseorangan yang mahir ketika itu. Minat dan teruja terhadap wau membuatkan ianya menjadi sebahagian dari hidup saya.
Sehubungan dengan itu, saya rasakan pendidikan secara tidak langsung yang saya perolehi sangat berguna untuk masa hadapan apatah lagi tanggungjawab saya sebagai guru PSV dalam usaha membimbing pelajar mengenali, mendekati, mengetahui, mewarisi dan mengekalkan sebahagian dari kraf tradisional warisan nenek moyang yang kita sanjungi.


Dibawah ini adalah gambar-gambar aktiviti proses pembuatan wau dari mula hinggalah proses menyiapkan sebuah wau tradisional.


Proses meraut buluh untuk dijadikan rangka wau


Proses melekatkan kertas wau pada rangka


Proses menghasilkan motif sebagai rekacorak pada wau menggunakan kertas warna

Proses menghasilkan rerambu menggunakan kertas wau


Proses melekatkan rerambu pada kepala dan ekor wau

Pensyarah PSV, En Mansor Md Desa membantu pelajar-pelajar menghasilkan wau


Kumpulan 1 : Wau Bulan


Kumpulan 2: Wau Kucing


Kumpulan 3 : Wau Jala Budi

Kumpulan 4 : Wau Bulan



Terima kasih pada pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kraf wau (seni 3 Dimensi)
Kraf tradisional kini adalah sebahagian dari identiti warisan Melayu yang perlu dijaga dan diwarisi generasi pada hari ini.


4 comments:

SyaZwani AzMuddiN said...
This comment has been removed by the author.
SyaZwani AzMuddiN said...

Salam..Cikgu,minta izin ye, sy nk ambik info brkenaan wau dr laman cikgu..sbg bahan tambahan sy mngajar dalam praktikal..Terima kasih. =)


-Wani-

Mohd Sawari said...

wkmsalam..ambillah untuk dikongsi.

Unknown said...

salam cikgu,saya nazifah student dari politeknik ibrahim sultan pasir gudang..boleh tak cikgu kongsikan cara membuat wau tersebut yang bersaiz kecil seperti dalam gambar? =D sebab saya sedang membuat kajian tentang wau dodo helang terengganu..terima kasih cikgu =)

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton