May 28, 2014

Ekspresi dan Kreativiti Pelajar UMS dalam PAMERAN BAKAT MUDA MATRIX SHOW 2014

Dalam konteks seni visual kontemporari, Borneo Malaysia yang kaya dengan kraf dan budaya pelbagai etnik telah memberikan inspirasi kepada pelukis. Hakikat itu menjadikan pelbagai kesenian, adat budaya, peristiwa, landskap dan kehidupan terus menjadi tema dan subjek bagi menterjemahkan ungkapan visual yang penuh bermakna.
Seramai 66 pelajar tahun akhir dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah berjaya menganjurkan Pameran Bakat Muda Matrix Show 2014 yang memperagakan karya seni visual berbentuk 2D dan 3D seperti lukisan, catan, arca dan grafik di samping teknologi visual seperti animasi, filem dan interaktif multimedia.
Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula 20 Mei dan berakhir 24 Mei itu dirasmikan oleh Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Balai Seni Visual Negara (BSVN). Dalam ucapannya, beliau sangat kagum dengan kerja-kerja artistik pelajar yang ditunjukkan dari proses awal hingga akhir projek. Lantaran hasilnya menampakkan kualiti yang baik, beliau menyarankan pelajar-pelajar dapat menyertai dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman yang dianjurkan oleh BSVN.
“Hasil seni visual yang dipamerkan sangat menarik, kreatif dan kualitinya mampu berada pada tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan pameran tersebut.

Turut hadir pada perasmian tersebut adalah Prof. Dr Ismail Ibrahim, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, menyatakan Tujuan MATRIX Show yang dianjurkan sejak tahun 2006 ini adalah menggarap idea dan kreativiti karya pelajar di samping berpeluang menimba pengalaman menganjurkan pameran.

“Hasil dari pengetahuan dan pembelajaran yang turut dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman yang diketuai oleh Dr. Zaimi Sahibil, pameran ini sekaligus dapat meningkatkan mutu hasil karya pelajar agar setanding dengan karya penggiat seni visual tersohor tempatan dan antarabangsa” Katanya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut.

Menghayati karya seni lebih bermakna jika ianya dapat diapresiasi oleh pelukis itu sendiri. Bagi Muhammad Hafiz Ramli, penghasilan karya bertajuk “Tinauh” digayakan dengan catan aliran post-impresionisme untuk menggambarkan beberapa aktiviti dalam adat perkahwinan kaum Murut.  “Saya memberi penekanan terhadap aksi figura sedang melakukan kerja-kerja memotong buluh untuk persiapan tempat dan peralatan serta juga kelihatan figura sedang memakai pakaian tradisi perkahwinan yang berlatarkan bahan berian dan rumah etnik tersebut,” Katanya.

Agak unik dan menarik apabila melihat karya arca relief Nur Eliani Binti Abd. Halim yang yang bertajuk ‘Underwater Treasure’, menceritakan tentang keindahan ekosistem terumbu karang yang membawa mesej kepentingan penjagaan dan pemuliharaan khazanah borneo.
“Karya ini merupakan luahan idea saya dalam memberi gambaran kepada masyarakat tentang harta  tidak ternilai yang ada di dalam perut bumi. Penggunaan media seperti kertas, kain, kapas, tali  dan benang adalah amat bersesuaian bagi memberi gambaran tentang kelembutan, kekasaran dan kehalusan yang sebenarnya ada pada terumbu karang,” Katanya ketika ditemui.

Bagi Ahmad Huzairi bin Hasim, penghasilan karya kuda bajau membawa konsep kehidupan serumpun masyarakat Bajau Kota Belud yang masih mempertahankan adat tradisi. Penggunaan bahan logam seperti besi yang ditempa membawa simbolik kepada sifat kuda yang kuat dan berani. Berkongsi medium yang sama, Jayson Jason bin Japary menjadikan kisah pencerobohan berdarah di Kampung Tanduo pada tahun lalu memberi inspirasi kepadanya menghasilkan karya arca instalasi. Matlamat karya ini bertujuan untuk memperingati dan menghargai jasa perwira-perwira yang telah gugur dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara.

Matrix Show 2014 menggabungkan pelbagai bidang dan medium dalam pencetusan idea karya seni visual bagi menterjemah keunikan dan keindahan budaya warisan borneo. Selain dari nilai estetika yang terdapat pada karya, paling penting adalah mesej yang diungkapkan oleh pelajar mampu memberi pengetahuan dan kesedaran yang tinggi agar masyarakat dapat bersatu menjaga dan memelihara keunikan dan keindahan warisan yang tidak ternilai harganya.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Dr Sim Chee Cheang, Timbalan Dekan (P&I) SPS, Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon dari Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai penilai MATRIX Show 2014 serta pelukis-pelukis dari Persatuan Seni Visual Sabah.

Dato’ Mahadzir Lokman berucap dalam perasmian Matrix Show 2014
Dato’ Mahadzir Lokman memukul gong simbolik perasmian Matrix Show 2014

Nur Eliani Binti Abd. Halim dengan karyanya bertajuk ‘Underwater Treasure’ sambil diperhatikan Dato’ Mahadzir Lokman.

Sebuah lukisan bersaiz besar karya Muslim Mattajim

‘Kuda Bajau’Karya Ahmad Huzairi bin Hasim yang menggunakan medium besi

Karya bertajuk ‘Tinauh’ oleh Muhammad Hafiz Ramli mengetengahkan tradisi perkahwinan masyarakat Murut.

Karya instalasi Nor Farhana Abd Wahab bertajuk “MURUT” mengupas nilai budaya dan perpaduan masyarakat Murut yang tinggal di kawasan bukit.

Karya Azman Emang, corak “Pua Kumbu” yang terdapat pada kain sarung masyarakat Iban di Sarawak.

Karya Emmalia Binti Sabli mengetengahkan catan naif bertajuk “Murut Tahol” menggunakan medium akrilik atas kanvas

Pelajar dan pensyarah bergambar kenangan dengan Dato’ Mahadzir Lokman dan tetamu lain ketika perasmian Matrix Show 2014

Antara tetamu yang hadir pada majlis perasmian Matriz Show 2014 baru baru ini

1 comment:

Unknown said...

Did you know there's a 12 word sentence you can tell your man... that will induce deep emotions of love and impulsive attraction for you buried within his chest?

Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, look after and protect you with his entire heart...

12 Words That Fuel A Man's Love Impulse

This impulse is so built-in to a man's genetics that it will make him work better than ever before to love and admire you.

Matter of fact, triggering this powerful impulse is absolutely essential to achieving the best ever relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

...You will soon notice him open his mind and soul for you in such a way he's never expressed before and he will identify you as the one and only woman in the universe who has ever truly appealed to him.

Lukis Potret Guna Pastel- Mesti Tonton